Degree Life: Pengalaman Tahun Satu Syariah di UKM
Assalamualaikum kepada para pembaca yang singgah ke blog aku Untuk postingan pertama aku ni, aku just nak cerita pengalaman aku yang tak seberapa sepanjang setahun di Universiti ni. Aku merupakan lepasan diploma di sebuah IPTS sebelum sambung degree dalam bidang syariah di sini. Walaupun aku tak berapa minat bidang ni, tapi aku harap dapat habiskan juga sampai akhir, duit pun dah banyak labur, jadi kita teruskan sajalah. Bercakap pasal Syariah, kos ni berada di bawah Fakulti Pengajian Islam dan tempoh belajar adalah selama 4 tahun. Aku sebenarnya tak berapa faham kenapa fakulti lain macam Fakulti Ekonomi & Pengurusan, tempohnya selama 3 tahun je tapi tidak dengan FPI. Dan sekarang ni ada ura-ura juga yang tempoh 4 tahun tu nak dipendekkan kepada 3 tahun bermula dengan next batch means lepas batch aku lah, frust juga aku haha, entah jadi entah tidak. Mengenai bahasa pengantara, memandangkan Universiti ni mengutamakan bahasa Melayu, jadi boleh kata mos...