Degree Life: Pengalaman Tahun Satu Syariah di UKM
Assalamualaikum kepada para pembaca yang singgah ke blog aku
Untuk postingan pertama aku ni, aku just nak cerita pengalaman aku yang tak seberapa sepanjang setahun di Universiti ni. Aku merupakan lepasan diploma di sebuah IPTS sebelum sambung degree dalam bidang syariah di sini. Walaupun aku tak berapa minat bidang ni, tapi aku harap dapat habiskan juga sampai akhir, duit pun dah banyak labur, jadi kita teruskan sajalah.
Bercakap pasal Syariah, kos ni berada di bawah Fakulti Pengajian Islam dan tempoh belajar adalah selama 4 tahun. Aku sebenarnya tak berapa faham kenapa fakulti lain macam Fakulti Ekonomi & Pengurusan, tempohnya selama 3 tahun je tapi tidak dengan FPI. Dan sekarang ni ada ura-ura juga yang tempoh 4 tahun tu nak dipendekkan kepada 3 tahun bermula dengan next batch means lepas batch aku lah, frust juga aku haha, entah jadi entah tidak. Mengenai bahasa pengantara, memandangkan Universiti ni mengutamakan bahasa Melayu, jadi boleh kata mostly guna bahasa melayu dalam pembelajaran. Dia berbeza dengan Uni-uni lain yang prioritizekan bahasa inggeris dan arab macam UIA atau USIM. Bagi aku, itu adalah salah satu perkara yang aku agak menyesal la sebab pilih untuk sambung sini, which is dia tak membantu sangat dalam mendalami bahasa luar. Okay, pasal silibus pembelajaran pula, kita orang akan dapat buku panduan untuk rujukan subjek-subjek apa yang kita akan belajar dan ambil sepanjang 4 tahun di UKM. So, berpandukan buku tu, bolehlah kita buat research sikit apa sinopsis subjek-subjek yang akan dipelajari.
Untuk kos syariah ni, pada tahun satu dan dua, kita akan belajar subjek-subjek yang sama, except kalau subjek Citra. Ha, pada tahun ketigalah, kita dibenarkan untuk pilih modul-modul kos Syariah mana yang kita nak ambil. Nanti ada tiga modul yang kita boleh pilih, tapi seingat aku dia akan tengok juga result-result kita yang sebelum tu untuk tentukan kita ni layak ke ambik aliran tu ( kalau aku salah, tolong betulkan dekat komen ya). Okay, tiga modul tu adalah:
1. Modul Perundangan Islam
2. Modul Undang-Undang Perbandingan
3. Modul Muamalat & Kewangan Islam
Di bawah ni aku sertakan bersama apa yang korang akan belajar ikut modul yang dipilih, maaflah kalau tak nampak, zoomlah sedalam yang boleh haha

Dari setiap modul tu, kita hanya pilih dua atau satu kursus sahaja, pepandailah korang arrange haha, kalau tak yakin nak ambil apa, consult la dengan lecturer korang, insya Allah, lecturer2 di FPI ni baik-baik orangnya. Kalau tanya aku, aku mungkin lebih berminat ke arah modul muamalat, sebabnya aku tak minat nak jadi peguam syar'ie ke apa kikiki.
Selesai berkenaan modul, aku nak sentuh pula pasal kertas kerja atau assignment. Setakat ni, semua assignment aku buat dalam Melayu, even subjek akidah. Cuma untuk tahun kedua ni, aku tak tahulah macam mana, sebab tak start lagi sem. Lagi satu, aku nak ingatkanlah pasal bab memilih rakan untuk assignment berkumpulan, pilihlah yang betul-betul komited buat kerja. Jangan pilih sebab dia ngam ngan kita, boleh bawak gurau semata. Dalam berkawan, ada sesetengah kita boleh jadikan dia sebagai teman bergurau senda, teman gi shopping, healing, tapi culas bila bab buat assignment, kerja buat cincai buncai, buat pula last minit, kita nak marah pun rasa serba salah, sebab kawan kan. Ada yang kita tak rapat pun ngan dia, tapi assignment siap dengan jayanya. So, pilihla elok-elok, jangan sampai result kita tak cantik sebab masalah macamtu .
Sekarang ni, aku nak beralih pula pasal kolej kediaman. Untuk tahun satu, korang tak perlu risau pasal kolej, sebab memang diwajibkan untuk duduk situ sampailah habis tahun satu. Kolej ni, tahu-tahu sajalah, UKM ni universiti lama, jadi janganlah membayangkan fasiliti kolejnya bertaraf universiti swasta, kecuali kau duduk dekat Kolej Ibu Zain yang pelajar-pelajarnya dari international., harga pun sedap. Masuk tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya, barulah korang kena bersaing dengan semua pelajar UKM untuk dapatkan tempat di kolej, kalau tak, get ready lah cari rumah sewa kat luar. Sayangnya, akulah yang tak dapat kolej tu haha baik permohonan pertama dan rayuan. Tapi alhamdulillah, jumpalah juga bilik sewa.
Pasal pemilihan penempatan di kolej ni, aku tak nampak macam mana sistemnya berfungsi. Sebab kalau nak kata berdasarkan merit, senior aku yang lebih rendah meritnya tapi dapat kolej, dia terkejut bila dengar merit aku lagi tinggi tapi tak dapat. Nak kata aku ni tak aktif langsung, aku join juga beberapa program di kolej, macam ceramah, perbarisan, pertandingan yang membolehkan kita kumpul merit,bahkan aku dapat nombor juga, bukan join semata-mata. Belum termasuk lagi dengan program-program fakulti yang aku join. Dalam hal ni, aku rasa simpati dengan kawan-kawan yang asal luar selangor, lagi2 yang asal sabah sarawak kalau ada di antara diorang yang tak dapat kolej. Untuk adik-adik yang nak isi UPU tu, survey-surveylah juga pasal penempatan kolej mana-mana universiti ya, kalau UIA insya Allah senang,sebab tak payah susah-susah pikir nak berebut kolej. Masa aku survey-survey pasal UKM melalui senior, silap aku juga sebab tak buat research tentang kolej-kolej ni. Boleh dikatakan isu tak dapat kolej ni memang isu yang selalu hangat sekitar warga UKM.
Oh ya, lagi satu, kalau nak senang dapat kolej ni, masuklah badan beruniform contohnya PALAPES, SISPA, SUKSIS & BSMM. Sebab kalau korang join, kebarangkalian untuk dapat kolej tu tinggi, yalah nanti nak buat latihan ke apa senang. Actually dulu aku pernah masuk SISPA tapi sekejap je, tak silap aku dalam beberapa kelas je aku hadir lepastu aku tarik diri sebab penat haha. Plus, aku tak suka dan aku lemah kawadddd since sekolah lagi. Lagi satu, bila kau join badan beruniform ni, memang memerlukan kau masukkan tudung dalam baju, dan itu buat aku rasa tak selesa sangat, apatahlagi aku ni belajar Syariah, rasa malu juga bila terpaksa masukkan tudung even untuk keperluan badan beruniform. Apapun, SISPA bagi aku average la kalau untuk badan beruniform. Latihan dia tak terlalu keras macam PALAPES, tenaga pengajar dia pun baik-baik, tak makan orang. So, joinlah SISPA haha.
Aku rasa takat tu je kot yang aku nak share kali ni, aku just nak minta korang yang baca ni doakanlah aku supaya dapat habiskan 4 tahun aku kat UKM ni tanpa kena extend sem ke apa. Kalau ada apa-apa persoalan yang terlintas di fikiran korang pasal UKM ni, tanya je kat ruang komen, insya Allah aku akan jawab yang termampu. Wallahuaklam. Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Comments
Post a Comment